Cara Payout Akaun Adsense Jerman

Terima kasih pada pembaca dan semoga artikel ini bermanfaat. Pada kesempatan ini saya akan menulis tutorial berkenaan bagaimana cara anda mencairkan/payout earning dari Google Adsense Jerman melalui Payoneer. Jika anda masih belum memiliki akaun Payoneer silalah ke pautan ini untuk membaca lebih lanjut apakah itu Payoneer dan cara mendaftarnya. @ Cara Mendaftar Akaun Payoneer Bahasa Melayu 

Baiklah sebelum anda boleh mencairkan sejumlah earning hasil dari akaun anda perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk “Add Payment Method” ke dalam akaun adsense anda di bahagian “Payment ”

Klik pada button “Add Payment Method”. Pada fasa ini anda akan dibawa ke halaman baru yang memerlukan anda mengisi details bank akaun Jerman yang anda daftarkan di Payoneer seperti dibawah.

Seterusnya anda perlu mengisi segala butiran yang dikehendaki dengan betul. Butiran bank ini boleh anda dapat di Payoneer pada bahagian “Global Payment Service”. Anda terlebih dahulu perlu mengaktifkan servis ini di Payoneer sebelum ianya boleh digunakan. Untuk tujuan ini saya menggunakan servis 3 akaun luar negara yang mempunyai currency berbeza disebabkan saya juga mempunyai akaun UK dan USA. Jadi saya perlu memiliki rekening bank/no acc bank di USA dan UK. Rujuk screenshot dibawah dan pastikan maklumat no acc bank ini diisi dibahagian “Payment Method” dalam acc Adsense anda.

Setelah anda selesai mengisi semua butiran bank Jerman anda, klik save dan anda akan dikehendaki untuk verifikasi akaun bank tersebut sebelum Google boleh menghantar sejumlah wang ke dalam akaun bank Jerman anda. Pada fasa ini anda memerlukan beberapa hari bekerja untuk Google mengirimkan sejumlah wang sekitar €0.20 – €1.00 untuk proses verifikasi. Google akan automatik menghantar wang tersebut dan anda tidak perlu berbuat apa-apa dahulu. Dan anda akan diminta untuk menulis semula jumlah wang ini anda pada proses verifikasi/verify payment method adsense anda pada langkah berikutnya.

Setelah sejumlah wang sekitar €0.20 – €1.00 dikreditkan ke dalam akaun bank Germany anda barulah proses seterusnya iaitu proses verifikasi/verify bank anda dengan akaun Adsense perlu dilakukan. Sila cek emel utama anda atau akaun Payoneer anda untuk melihat sejumlah wang yang telah selamat mendarat di akaun bank Germany anda. Sekiranya anda menerima transaksi dari Google sebanyak dua kali seperti screenshot di atas, pilih salah satu jumlah sahaja untuk diisi ke dalam ansense anda.

Masukkan salah satu jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun Payoneer anda ke dalam kotak verifikasi/verify seperti screenshot yang telah saya sediakan di atas. Sekiranya tidak berjaya, masukkan pula jumlah wang yang satu lagi dan klik verify.

Tahniah! Bank Germany anda telahpun diverifikasi/verify oleh Adsense! Sekarang anda perlu menunggu tarikh 21 hari bulan untuk payment anda di-issue-kan. Proses memindahkan kredit ke dalam akaun bank Germany anda memakan masa dalam anggaran 2 hari bekerja.

Setelah payment di-issue-kan pada tarikh 21 hari bulan setiap bulan, anda perlu menunggu dalam 2-3 hari untuk jumlah earning Adsense anda mendarat dengan jayanya ke dalam akaun bank Germany anda di Payoneer tadi. Anda akan dihubungi melalui emel setelah wang tersebut berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank Germany anda.

 

Sila semak emel anda sekerap mungkin jika anda seorang yang tidak penyabar. Anggaran 2 hari diberikan untuk dikreditkan ke dalam akaun Germany anda. Menurut pengalaman saya sendiri saya telahpun menerima emel dari Payonner yang mengatakan sejumlah wang dari Google telah dikreditkan ke dalam akaun saya. Lihat pada screenshot di atas saya menerima emel tersebut pada 24 Mei 2018 iaitu 3 hari setelah “payment issued”

Jumlah €0.20 – €1.00 yang dikreditkan oleh Google pada awal proses verifikasi/verify payment method/bank acc tadi akan ditambah dengan jumlah wang dari Adsense anda. Sekarang langkah terakhir yang perlu anda lakukan adalah untuk mengambil wang tersebut/withdraw ke dalam akaun bank lokal Malaysia seperti Maybank, CIMB dan sebangainya.

Wang tersebut boleh juga terus diambil di mesin ATM terdekat menggunakan kad Payoneer. Namun menurut pengalaman saya juga, lebih baik ditransferkan ke dalam akaun bank lokal terlebih dahulu bagi mengelak cas berlebihan. Untuk tujuan ini pada halaman “Home” di akaun Payoneer anda, klik pada “Withdraw to Bank Account” seperti screenshot yang saya sediakan dibawah ini.

Anda akan dibawa kehalaman baru seperti screenshot dibawah. Sila pilih akaun yang ingin anda withdraw. Dalam tutorial ini saya akan pilih akaun EUR yang didalamnya ada sejumlah wang €120.13 yang telah dikreditkan oleh Google kedalam akaun saya. Isi butiran-butiran yang diminta dengan betul sehingga selesai dan anda memerlukan waktu anggaran 2-3 hari bekerja untuk wang ini dengan jaya mendarat di dalam akaun bank lokal Malaysia.

Anda akan diberikan details jumlah yang akan ditransfer kedalam akaun bank lokal anda. Jumlah ini adalah jumlah akhir yang anda akan dapat setelah ditolak cas perkhidmatan oleh pihak Payoneer. Berdasarkan pengalaman saya jangka waktu untuk proses ini memakan masa 1-3 hari bekerja. Namun pada bulan Mei 2018 tahun ini saya telahpun menerima wang dari Payoneer yang telah saya withdraw tadi pada keesokan harinya iaitu berjumlah RM549.55.

Salah satu sebab mengapa saya gemar menggunakan akaun Germany dan UK adalah kerana currency yang lebih tinggi. Namun pada hakikatnya kesemua akaun Adsense itu sama sahaja tidak ada yang lebih dan tidak ada yang kurang dari satu akaun ke akaun yang lain. Untuk akauan Germany, anda boleh mendapat payment seawal

Terima kasih atas kesudian anda membaca artikel ini. Semoga ia memberi manfaat kepada anda. Seandainya anda ada persoalan berkenaan Adsense dan seumpamanya anda boleh hubungi saya di Facebook Hafiz Saputra 

 

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge