Resipi Mudah Kuih Tepung Bungkus Ramadhan 2018

Tidak kurang dari dua bulan lagi kita akan menempuh bulan Ramadhan yang mulia iaitu kira-kira pada 15 Maei2018. Setiap daripada kita mesti mempunyai cerita tersendiri mengenai Ramadhan yang bakal tiba nanti. Ada yang sudah siap menempah baju raya, ada yang sudah siap menempah tapak di bazaar Ramadhan dan seumpamanya.

Pada kali ini saya ingin berkongsi resepi sejenis kuih tradisi yang kebiasaannya hanya terdapat pada bulan Ramadhan sahaja. Kuih ini ibarat simbolik kepada saya pabila Ramadhan menjelma. 

Bahan A
1 cawan tepung beras
2 cawan santan &  sedikit garam
Daun pisang secukupnya

Bahan B (Bahan untuk inti) 
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula putih
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
1 helai daun pandan

Bahan C
1 cawan tepung pulut
sedikit air

Cara-cara:

1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.

3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.

4. Bancuh bahan C hingga boleh bentukkan adunan tepung tersebut dan balut inti (nipis sahaja).

5. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.

6. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.

7. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.

8. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.

9. Sejukkan dan hidangkan.

7 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge