Cara Buka Akaun ASB 2018

Pelaburan adalah salah satu sumber kekayaan dunia. Tak sedikit dari orang-orang yang mempunyai kekayaan yang luar biasa memperolehinya dari sumber pelaburan seperti hartanah, emas dan sebagainya.

Namun bagi orang kebanyakkan/awam seperti saya sendiri yang tidak mempunyai kekayaan luar biasa seperti Mukesh Ambani, Donald Trump mahupun Jack Ma, pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputera) adalah salah satu cara yang selamat dan berbaloi untuk dicuba dengan kadar dividen tahunan sekitar 7% (boleh naik turun mengikut keuntungan semasa). Terima kasih kerana anda masih terus membaca artikel ini dan saya menganggap anda sudah faham apa itu pelaburan ASB maka saya tidak perlu menceritakan perihal ASB secara keseluruhan beserta sistemnya disini.

Pada kesempatan kali ini saya ingin berkongsi bagaimana anda boleh boleh membuka akaun ASB ini dengan mudah. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengunjungi mana-mana pejabat pos di seluruh negara dan mendapatkan borang bagi mendaftarkan akaun ASB anda.

Borang tersebut akan diisi oleh anda dan pihak pejabat pos akan memaklumkan kepada anda cara mengisinya. Pada pengalaman saya sendiri pihak pejabat pos UPM mengarahkan saya untuk mengisi borang tersebut dan terdapat dua helaian yang perlu difotokopi sendiri oleh pemohon. Saya membawa borang tersebut pulang dan mengisinya dirumah. 

Selang beberapa jam kemudian setelah selesai melengkapkan borang tersebut, saya fotostat dokumen kad pengenalan diri dan juga dua borang ASB tadi sebelum saya kembali lagi ke pejabat pos UPM yang jaraknya sekitar 2 KM dari kediaman saya.

Deposit akaun boleh dilakukan segera disitu dan prosesnya tidaklah lama dan mudah. Bagi mereka yang belum memiliki akaun ASB inilah peluang yang perlu anda ambil. Pelaburan hari ini adalah untuk kesenangan anda masa hadapan.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge