Cara Payout Google Adsense UK Melalui Payoneer

Artikel kali ini saya akan berkongsi bagaimana saya dibayar Google Adsense UK melalui Payoneer. Persoalan tentang apa itu Payoneer dan cara mendaftarnya telah saya bincangkan pada artikel sebelumnya dan saya tidak berminat untuk menulisnya lagi dalam artikel ini. Pada yang belum membacanya saya akan sediakan pautannya dihujung artikel nanti.

Seperti yang sedia maklum, selain Google Adsense Malaysia saya juga menggunakan akaun Google Adsense US dan UK untuk menjana pendapatan sampingan saya melalui penulisan di blog dan blog ini adalah salah satunya.

Baiklah tanpa saya membuang masa saya akan ceritakan dengan ringkas bagaimana saya menerima pembayaran melalui program Google Adsense UK ini walaupun saya kini berada di negara Malaysia. Dan satu-satunya pembayaran boleh dibuat adalah melalui Payoneer dan anda perlu mendaftar akaun Payoneer tersebut secara percuma.

Setelah sebulan akaun Adsense UK saya mencapai treshold iaitu sebanyak £60 (Great British Pound) maka saya selanjutnya akan dibayar pada 21 hari bulan pada bulan berikutnya. Dan pembayaran tersebut adalah automatik dimasukkan ke dalam akaun Bank Barclays kepunyaan saya. bagaimana cara mendapatkan akaun Bank Barclays tersebut? bank ini boleh anda wujudkan bagi pihak anda sendiri melalui perkhidmatan Payoneer tadi.

Namun saya harus menunggu dalam sehari dua selepas payment issue untuk duit tersebut dimasukkan ke dalam akaun saya. Pada kali ini saya menerima pembayaran pada 23 Februari 2018 sebanyak  £84.62 kira-kira RM460. Ianya tidaklah terlalu susah dan payah untuk menghasilkan sesuatu dalam currency pound sterling sepertimana yang dimomokkan oleh sesetangah orang diluar sana.

Pelbagai perkhidmatan dan ilmu percuma boleh saja kita dapatkan dengan membaca dan ianya perlu dicari dengan kerja keras.

Berikut ini saya senaraikan apa yang perlu anda buat untuk menghasilkan pendapatan sampingan dengan currency  £ yang mungkin agak pelik dan aneh bagi sesetengah orang yang kebiasaannya menggunakan Adsense Malaysia yang dibayar menggunakan matawang USD.

  • Daftar/apply Adsense UK. Gunakan teknik yang sama seperti anda apply Adsense MY namun gunakan alamat UK dan details nama orang yang tak wujud dahulu. Untuk verifikasi phone no, boleh gunakan premium virtual phone sms system. Ada banyak kat Google ni anda tinggal rajin cari sahaja. Nak guna yang free pun boleh silakan 😉
  • Semasa mendaftar saya galakkan anda menggunakan VPN UK dan semak dahulu di whoer.net bagi memastikan anda adalah 100% anonymity. Saya menggunakan Premium VPN. Blog yang kerap diterima Adsense menurut saya adalah blog yang niche kesihatan dan news dengan minima 10 artikel dengan usia blog minima 2 bulan, lebih berusia lebih baik. (Berdasarkan pengalaman saya sendiri)
  • Setelah akaun UK anda lulus, usahakan untuk mencapai £10 pertama bagi mendapatkan PIN bagi tujuan verifikasi. Pada fasa ini biarkan Google menghantar PIN pada alamat yang salah terlebih dahulu sehinggalah button “Request New PIN” wujud. apabila button tersebut wujud anda akan ke fasa berikutnya yang memerlukan anda klik button tersebut dan tukar ke alamat UK yang sebenarnya. Bagi fasa ini anda boleh menghubungi saya untuk menyewa alamat UK dan anda perlu tunggu paling lewat sebulan untuk PIN sampai ke alamat UK yang anda sewa dari saya. Jika ada saudara mara atau kenalan yang tinggal di UK itu bonus. Dalam kes saya, saya mempunyai kawan yang masih menuntut di Colorado States University USA dan yang menetap di Halifax UK.
  • Apabila akaun anda selesai diverifikasi barulah anda boleh set-up pembayaran di dashboard Adsense anda dan pilih wire-transfer dan ikutilah arahan demi arahan yang diberikan oleh Google kepada anda. Mudah bukan? Goolge sendiri yang akan memberitahu anda langkah demi langkah! Jadi janganlah malas untuk membaca kerana Google sendiripun mahu anda bekerja untuk mereka dan mereka juga perlu cari makan!
  • Sehinggalah anda selesai setting pada bahagian payment, usahakan lah lagi untuk mendapatkan pembayaran Adsense dalam currency pound sterling anda yang pertama. Adsense akan membayar anda apabila earning anda mencecah £60. Payment akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank England anda. Ehh?? Macam mana aku nak dapat akaun bank England ni sedangkan aku bukan orang England? Sabar tuan-tuan dan puan-puan. Jika masih keliru silakan lah baca artikel saya berkenaan Payoneer yang telah saya sediakan untuk tuan puan 🙂 Cara mendaftar akaun Payoneer

 

Anda boleh terus keluarkan duit anda terus melalui mesin ATM menggunakan kad payoneer yang telah diberikan kepada anda pada. Jika masih belum mempunyai kad Payoneer anda masih mempunyai option kedua iaitu dengan withdraw amount tersebut ke dalam bank lokal Malaysia milik anda dan ianya mengambil masa satu ke tiga hari bekerja. Kebiasaannnya ia akan dikenakan cas oleh pihak bank lokal Malaysia mengikut rate bank tertentu. Jadi jangan pelik jika amount yang sepatutnya anda terima sedikit kurang dari amount yang sebenar.

Demikian secara ringkas bagaimana saya boleh menghasilkan pendapatan sampingan Adsense UK dalam currency £. Bagi yang ingin mencuba akaun Adsense UK ini silalah ikuti list yang telah saya berikan di atas ini. Kelebihan Adsense UK bagi saya ianya boleh payout dengan serendah £60 berbanding akaun US dan Malaysia yang memerlukan anda untuk reach USD100.

Tambahan pula akaun UK tidak memerlukan submit pajak/tax berbanding akaun USA yang memerlukan anda mengisi form bagi juan tersebut. Terima kasih kesudian anda membaca. Sebarang pertanyaan dan saranan bagi penambahbaikan serta pembetulan atas artikel yang saya tulis ini amatlah saya hargai. Sila hubungi saya di tab menu “Contact Us”

Artikel yang ditulis ini adalah dari pengalaman saya sendiri dan saya bukanlah memberikan jawapan yang tepat kepada anda kerana saya bukanlah seorang yang berada di dalam sistem Google itu sendiri. Algoritma Google akan berubah dan tips ini mungkin tidak relevan pada masa akan datang dan ianya perlu praktik yang berulang kerana pihak Google sentiasa mencari lompong dan kelemahan mereka untuk diperbaiki/updates dari masa ke semasa.

Masih gagal mendapatkan kelulusan Adsense? Saya boleh membantu anda mendapatkannya. Klik disini !

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge