Rumah Mewah Aliff Syukri Bocor! Ambil Kain Cepat Nanti Kena Perabot Aku!!

Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan dengan sebuah video yang dimuatnaik oleh usahawan kosmetik yang tidak asing lagi di Malaysia Dato Aliff Syukri yang bocor sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen. Mana tidaknya rumah yang dibina dengan kos jutaan ringgit itu baru sahaja didiami beliau kini menghadapi masalah kebocoran pula.

Sudahlah kontraktor bertukar silih berganti. Ianya bukanlah sebuah rumah mampu milik yang murah sekitar puluhan ribu ringgit namun jutaan ringgit telahpun dihabiskan bagi membina banglo tersebut. Akhirnya rumah banglo mewah yang diidamkan sudah siap namun musibah pula yang datang tidak lama setelah itu. Semoga Dato Aliff dan keluarga dalam keadaan baik-baik sahaja dan bersabar dengan musibah ini.

Alahai Dato Aliff, kesian pula melihat nasib beliau. Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan. Kepada pembaca, ingatlah disaat kita berada di atas jangan lupa waktu kita mula merangkak untuk berdiri sekukuh sekarang.

Setiap manusia akan diuji. Miskin itu ujian. Kaya juga satu ujian. Tidak salah menjadi kaya dan tidak hina menjadi miskin.

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge