JDT Juara Piala Sumbangsih 2018 Menewaskan Kedah

Kredit Gambar : johorsoutherntigers

Pasukan Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT)  menumpaskan Kedah dengan skor 2-1 dalam perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi, sekali gus menjulang Piala Sultan Ahmad Shah.

Namun begitu  JDT dikejutkan 0-1 oleh jaringan awal pasukan Kedah menerusi pemain Pablo Palares pada minit ke-15. Pasukan tuan rumah JDT terus menunjukkan semangat juang tinggi dan akhirnya menemui kekuatan sebenar apabila menyamakan kedudukan menerusi jaringan Luciano Figueroa  minit ke 28 melalui tandukan menarik menerjah gawang gol serta jaringan Marcos Antonio pada minit ke 58.

Skuad JDT bimbingan Ulisses Morais itu melunaskan dendam mereka selepas kalah kepada Kedah menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan Sumbangsih tahun lalu. Tahniah.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge