Harga Renew Lesen Memandu 2018

Lesen kenderaan perlu kita perbaharui setiap kali tamat tempoh seperti yang tertera di atas kad lesen memandu anda. Kebiasaannya harga bagi memperbaharui lesen memandu ini tidaklah selalu mengalami perubahan yang ketara.

Bagi memperbaharui lesen memandu anda perlu melakukannya di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi mendapatkan lesen memandu yang sah dan original. Pada dua hari lepas saya telahpun berjaya memperbaharui lesen memandu saya yang telahpun tamat tempoh pada 23 Januari 2018. Tepat pada pukul 10.00 pagi saya telahpun berada di JPJ Bandar Baru Bangi bagi tujuan tersebut. Prosedur biasa dikenakan iaitu mendapatkan no giliran, tunggu dan anda akan dipanggil beberapa minit bagi tujuan memperbaharui lesen memandu anda.

Bayaran dikenakan bagi tempoh setahun adalah sebanyak RM30.

Bayaran dikenakan bagi tempoh dua tahun adala sebanyak RM60.

Anda juga bole memperbaharui lesen memandu anda selama lima tahun dengan harga RM150. Proses memperbaharui lesen di JPJ Bandar Baru Bangi agak cepat dan mesra pelanggan.

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge