Farid Kamil Tampar Polis. Kini Ditahan Disyaki Pengaruh Dadah.

Pelakon terkenal Malaysia Farid Kamil yang memegang watak Amiruddin dalam Filem Tombiruo yang pernah meletop di pawagam baru-baru ini @ Datuk Farid Kamil Zahari ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Sumber : UTUSAN ONLINE

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge