Cara Mendaftar Akaun Payoneer Bahasa Melayu

Memiliki akaun Payoneer pada masa kini adalah mustahak bagi blogger-blogger mahupun penggiat ebay dan Amazon. Mungkin ada dalam kalangan bloggers masih belum faham dan tahu mengenai Payoneer ini dan saya akan kupaskan sedikit menggunakan bahasa yang mudah.

Payoneer adalah sebuah website dimana ianya menyediakan satu platform bagi mereka yang tinggal disebuah negara yang terkecuali bagi mendapatkan pembayaran melalui bank-bank tertentu yang beroperasi di negara lain. Dalam erti kata mudah, ianya memudahkan sesiapa sahaja dari latar belakang negara yang berbeza untuk memiliki satu akaun bank khas (bank tertentu) yang diguna pakai oleh sesebuah syarikat gergasi dunia untuk membayar publisher/member affiliate mereka.

Saya berikan contoh, saya merupakan seorang lulusan dari Northern Ireland di UK dan saya telah menggunakan Google Adsense UK bagi mencari income sampingan saya sebagai pelajar. Individu yang memiliki akaun adsense UK adalah diwajibkan untuk mempunyai rekening bank bank (Acc Bank) tempatan di UK. Namun disebabkan saya tidak ada bank di UK lalu bagaimana saya boleh terus menggunakan akaun adsense tersebut? Maka disinilah fungsi Payoneer. Bahkan, bukan Adsense UK/US sahaja yang mengharuskan anda memiliki Payoneer malah Amazon dan juga banyak lagi.

Ayuh saya kongsikan cara mendaftar payoneer dalam Bahasa Melayu.

Pertama : Sila akses ke laman web Payoneer www.payoneer.com/main anda klik pada ikon “Sign Up”

Kedua : Setelah anda klik pada ikon “Sign Up” anda akan dialihkan ke halaman seperti dibawah ini. Isikan butiran anda dengan emel utama anda dan sila pilih untuk membuat akaun “Individual”

Klik “Next” setiap kali selesai mengisi butiran yang dikehendaki. Sila isi kesemua butiran yang dikehendaki tanpa tertinggal satu pun. Berikan butiran yang benar bagi memudahkan proses pendataran anda.

Ketiga : Anda dikehendaki memberikan Kad Pengenalan yang sah. Kemudian klik “Next” untuk ke halaman seterusnya.

Keempat : Anda dikehendaki untuk memberikan butiran nama bank, penama akaun bank dan juga no akaun bank lokal Malaysia untuk di”link”kan dengan Payoneer. Klik pada “I agree to the T&C” kemudian “Submit” permohonan anda.

Ikuti arahan demi arahan dan lengkapkan setiap butiran tersebut dengan betul.

 

Satu emel akan dihantar ke alamat emel anda bagi pengesahan permohonan. Sila semak dan ikuti arahan yang diberikan. Payoneer memerlukan sekitar dua atau lima hari bekerja untuk meluluskan permohonan anda. Apabila permohonan anda diluluskan satu emel baharu akan diberikan kepada anda untuk verifikasi/mengaktikan akaun Payoneer.

Setelah permohonan anda diluluskan, dalam tempoh 30 hari pihak Payoneer akan mengirimkan satu kad Payoneer mastercard ke alamat rumah anda. Sekian dahulu artikel berkaitan cara mendaftar akaun Payoneer dan artikel selanjutnya akan saya bahaskan tentang cara veriikasi Methid Payment Adsense UK/US menggunakan Payoneer.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge