Pemberian Bonus Penjawat Awam dan Pesara 2018

Bonus bagi penjawat awam dan pesara akan diberikan pada 8 Januari 2018 iaitu pada hari ini. Mereka yang terlibat adalah 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara kerajaan yang akan menerima manfaat bonus seperti diumumkan pada Bajet 2018.

Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak berkata, berkata ia membabitkan bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara.Beliau mengumumkan berita gembira itu pada Bajet 2018, bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, 27 Oktober lalu.

Najib mengumumkan, bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 akan dibayar pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.

Sementara itu, pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge