Faktor Minat dan Duit Dalam Penulisan

Hai semua. Tidak terlalu lambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2018 kepada anda semua, pembaca di blog ini. Seperti sedia maklum saya masih lagi menyediakan perkhidmatan Google Adsense seperti biasa dan sehingga hari ini masih lagi menerima pembayaran dari blogger-blogger.

Menulis memerlukan passion atau keghairahan yang tinggi untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik, bermutu dan berkualiti. Salah satu perkara yang penting dalam dunia penulisan adalah minat. Minat ini menjuarai takhta paling atas dalam mempengaruhi penulisan seseorang. Seperti blogger kebanykkan di Malaysia, tidak dapat lari dari menyediakan perkhidmatan pengiklanan di blog mereka apabila blog mereka mendapat nama dan hati oleh pengunjung-pengunjung mereka. Antara faktor utama kenapa mereka mempunyai pengunjung yang ramai adalah skill menulis yang baik.

Minat yang baik ini mampu menarik pengunjung untuk membaca di blog mereka bahkan mampu juga menjana sedikit pendapatan melalui penulisan mereka agar mereka terus semangat untuk terus menyediakan penulisan yang lebih bermanfaat lagi buat pengunjung setia mereka.

Namun berbalik kepada perkara asas yang telah saya katakan pada awal penulisan saya tadi, minat haruslah menjuarai takhta no satu dalam dunia penulisan. Barulah soal duit. Ini bagi menyeimbangkan keperluan dan kehendak yang melampau penulis-penulis blogger yang terlalu obses mengejar wang ringgit.

Lantas menghasilkan penulisan-penulisan yang kurang baik, kurang bermutu dan boleh juga penulisan yang mengundang fitnah akibat ketamakan penulis untuk menarik trafik dengan harapan ada klik yang diberikan padanya untuk mengisi wang ringgit dalam poket mereke. Jika ini terjadi pada anda, renungkanlah semula kenapa anda menulis pada awalnya. Big WHY is very important why you start

Jika anda menulis hanya kerana duit, anda akan dapat duit namun anda tidak akan dapat merasa dan menikmati kesenian dalam dunia penulisan itu sendiri. Namun jika minat yang mendorong anda untuk menulis, pasti anda akan dapat keduanya.

Sememangnya minat kepada sesuatu perkara itu mampu menghasilkan sesuatu yang tidak terduga yang boleh mencetuskan inovasi mahupun benda baru yang boleh dikembangkan bagi kegunaan penduduk dunia. Tapi awas, jangan lupa akan faktar awal kenapa anda bermula untuk mencuba. Baiklah, saya tidak berminat untuk membuat penulisan yang panjang. Bagi penulisan sberkategori umum, saya lebih gemar penulisan yang santai, dan terapkan konsep make it simple and to ease the peoples to understand.

Selamat tahun baru 2018.

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge