Menjana USD Dengan Google Adsense 2017

Assalamualaikum dan hai semua. Pada kesempatan kali ini saya ingin menulis berkenaan sesuatu perkara yang tidak dapat disangkal lagi mengenai program Google Adsense yang menjadi nadi bagi penulis blog di seluruh dunia. Kisah ini bukannlah berkisar bagaimana anda menjana USD setiap hari melalui blog tapi ianya sekadar kisah peribadi saya bersama program lubuk duit ini.

Tidak perlu saya bincang dengan lebih lanjut berkenaan Adsense kerana saya menganggap anda semua telah pun tahu kewujudannya.

Jika diteliti rata-rata blogger di seluruh dunia pasti ada meletakkan satu dua atau tiga dan selebihnya slot di blog mereka dengan iklan dimana iklan tersebut dibayar per bulan mahupun dibayar per klik seperti  Google Adsense.Saya mengenai Adsense pada tahun 2008 iaitu sewaktu saya di tingkatan 4 lagi. Blog pertama saya berbahasa Inggeris pada ketika itu. Cek pertama pula tiba setelah enam bulan saya gigih bersengkang mata menulis artikel SEO di blog saya dimana target audience saya pada ketika itu adalah dari USA.

Namun sejak saya merasakan Adsense ini adalah lubuk duit maka blog personal saya tidak lagi aktif seperti dahulu. Tambahan pula pada tahun 2009 saya berubah kepada AFD (Adsense For Domain) yang dibayar mahal untuk setiap klik. Tambahan pula, iklan yang keluar adalah mengikut niche kita sendiri. Maka setiap minggu saya akan melihat keywords yang trending dan dibayar mahal melalui beberapa tools.

Agak panjang juga kisah saya bersama Adsense sehingga lah AFD dimansuhkan dan progres jana income melalui Adsense pada ketika itu semakin menurun lantaran saya melanjutkan pengajian du universiti. Pada penghujung tahun 2017 ini genap lah 9 tahun saya bersama Adsense.

Baik lah saya tidak berniat untuk menulis artikel peribadi ini dengan panjang lebar. Kepada mereka yang baru mengetahui berkenaan dengan Adsense, ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan agar mudah mendapatkan akaun Adsense dengan pantas.

  1. Rajinkan diri menjadi researcher keywords yang trending
  2. Rajinkan diri menulis artikel Bahasa Inggeris. (Cukup satu hari dua artikel yang unik)
  3. Nama domain sebaiknya dan seeloknya biarlah mengikut keywords (Blog peribadi pun boleh cth : blogsaya.blogspot.com)
  4. Biarkan blog anda minima enam bulan bagi mendaftar Hosted. Namun pengalaman saya diterima Google dengan blog berusia 3 bulan.
  5. Wajib ada “menus”
  6. Gunakan templat Responsive jika tidak templat original juga boleh.
  7. Daftar Adsense melalui blogspot dashboard.
  8. Jika tidak lepas juga boleh beli blog dari saya insyaAllah Google akan approved 😀 😀
  9. Jika tidak lepas juga boleh beli akaun Google Adsense dari saya. InsyaAllah anda akan dapat USD1 pertama anda. Sila lihat dan baca di menu Google Adsense bagi lebih jelas lagi berkenaan  “Servis Akaun Adsense Malaysia & US/UK” 

Anda juga boleh hubungi saya melalui Facebook dengan akaun bernama Hafiz Saputra selain  anda boleh menghubungi saya melalui emel  pada menu “Contact Us”. 

Selamat mencuba. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga titik noktah terakhir. Itulah kriteria seorang yang berjaya dalam hidup. Artikel akan datang saya akan kupas bagaimana menarik trafik organik ke dalam blog anda. Sila datang pada saya semula jika tips ini menjadi. Thanks to me later ya !

15 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge