Cara Cepat Dapat Sitelink Dari Google

Setiap blogger pasti menginginkan supaya blog mereka mendapat sitelink yang dari Google. Apakah yang dimaksudkan dengan sitelink? Sitelink sebenarnya dalam bahasa yang lebih mudah adalah seperti sebuah alamat atau sesuatu trademark blog yang telah diakui oleh Google bagi memudahkan “search result” memaparkan result yang tepat mengenai sesuatu blog tersebut. Ada beberapa perkara yang bagusnya apabila sesuah blog tersebut mendapat sitelink dari Google dan salah satunya adalah sitelink memberikan makna bahawa blog anda sudah dikenali dan dibaca dengan baik oleh robot Google. Bagi sebuah blog yang profesional, sitelink adalah elemen yang penting yangperlu diberi perhatian agar blog anda menampakkan ke-profesionalisma sesebuah blog tersebut di “search result” Google. Saya akan memberikan beberapa contoh berkenaan sitelink yang sedang kita perkatakan ini. Jika saya menulis di kotak carian Google menggunakan keyword “encikhafiz.com” , anda akan melihat “search result” yang tersusun dan tepat mengenai blog saya ini seperti mana anda lihat dibawah

.

Mitos mengatakan sitelink akan automatik diberikan kepada blogger apabila blog sudah mencapai usia sekian-sekian bulan. Namun bagi saya itu tidak benar kerana saya sendiri mendapatkan sitelink ini hanya sekitar 2 minggu setelah blog encikhafiz.com ini  wujud. Yang penting adalah cara kita untuk menulis dan bermain SEO.

Bagi pengguna wordpress self host adalah bonus bagi kita untuk mendapatkan sitelink ini dengan lebih mudah dengan setting yang ringkas  dengan wujudnya pelbagai plugin SEO yang boleh didownload secara percuma.

Google tidak mempunyai mata seperti kita untuk melihat identiti sesebuah blog. Mereka menggunakan robot untuk memaparkan identiti tersebut di halaman “search results” Oleh hal demikian amat mustahak untuk kita menyusun meta name description untuk dipaparkan di “search results” agar nampak kemas dan profesional.  Secara kesimpulannya terdapat tiga perkara yang perlu and praktikkan bagi blog baru yang masih tidak mendapatkan sitelink mahupun sitelink yang diberikan oleh Google tidak tersusun.

  1. Menggunakan plugin ALL in One SEO
  2. Mendaftar dengan Google Console/Webmaster Tools
  3. Mendaftar dengan Google Analytic

Plugin All in One SEO adalah plugin yang antara terbaik digunakan bagi pengguna wordpress self host. Plugin ini membolehkan anda mengubah apa yang perlu dan apa yang tidak mahu diindex oleh search engine. Malah plugin ini mampu mengawal tampilan/paparan sitelink yang akan dipaparkan di serach engine. Namun bagi saya sendiri saya membiarkan setiap link di blog ini diindex oleh google dan dilihat di sitelink blog ini.

Ketiga-tiga langkah di atas perlu anda praktikkan dahulu sebelum anda mendapatkan organik trafik dengan bermain SEO. Selamat mencuba.

13 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge