Perodua Kembara Baharu 2018

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata pembuat kereta nasional itu “serius mempertimbangkan” bagi membina sebuah SUV. Beliau mengakui populariti segmen SUV yang semakin meningkat di Malaysia. Beliau juga menegaskan bahawa syarikat itu akan melaksanakannya walau apa jua rintangan termasuklah kemunculan semula Kembara bagi generasi akan datang. Menurut beliau lagi ahli Residen Photoshop Theophilus Chin telah menunjukkan kepada beliau rekabentuk model kenderaan tersebut.Terkini pereka tempatan Idiyaz Baharuddin, adalah individu yang terlibat dalam usaha merekabentuk sebuah SUV ini, setelah model sebelumnya iaitu Daihatsu Terios atau Perodua Nautika bagi pasaran Malaysia.

Beliau mengharapkan Kembara yang baharu nanti menjadi lebih kecil daripada Terios tujuh kerusi, dan mungkin berdasarkan konsep DN Trec yang ditunjukkan pada Pameran Motor Tokyo 2017.  SUV  ini dilengkapi enjin 102 hp / 136 Nm 1.5 liter Dual VVT-i dari Myvi yang baru, dipasangkan dengan transmisi automatik empat kelajuan.

12 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge