Trump Isytihar Darurat di California. Kebakaran Hutan Terburuk Dalam Tempoh 80 Tahun!

Kebakaran hutan di California dianggap terburuk dalam tempoh 80 tahun sehingga memaksa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan darurat. Kejadian kebakaran ini berlaku sejurus selepas AS membuat pengisytiharan bahawa Baitul Maqdis adalah ibu negara rejim Zionis.

Perisytiharan itu dibuat bagi memudah kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan susulan keadaan kecemasan akibat kebakaran hutan bermula awal bulan ini.Ia juga bagi mengagihkan dana kecemasan kerajaan ke tempat yang dilanda bencana, termasuk Los Angeles, Riverside, San Diego, dan daerah Ventura.

Jumlah penduduk yang dipindahkan terus meningkat apabila kebakaran hutan yang baharu dilaporkan berlaku di utara San Diego AS.

Anggota bomba di California Selatan berhadapan tekanan mengawal enam kebakaran hutan, yang sudah memusnahkan ratusan bangunan dan memaksa puluhan ribu penduduk untuk berpindah. Jabatan kaji cuaca AS meramalkan angin semakin kencang menjelang malam ini sekali gus menjadikannya lebih mencabar kepada 8,700 anggota bomba yang sudah bergelut mengawal kebakaran dari San Diego ke Pantai Pasifik di Santa Barbara, sejak lima hari yang lalu.

Setakat ini kebakaran hutan tersebut memusnahkan 600 kediaman dan membakar kawasan seluas 70,000 hektar, kemusnahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di sebuah negeri paling ramai penduduk di AS menurut Gabenor California, Jerry Brown.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge