Permohonan MyDeposit 2018. Skim Rumah Tanpa Deposit.

Warga Malaysia yang masih belum memiliki rumah, kerajaan dengan sedaya upaya akan bantu meringankan beban dengan menanggung bagi anda yang mengidamkan untuk membeli rumah pertama anda selaras dengan najet 2018 yang telah dibentangkan bulan lepas.

Dengan itu kerajaan brsetuju bagi membantu mengurangkan bebanan tanggungan deposit rumah sebanyak 10% atau sehingga maksium RM30,000 khusus untuk pembeli rumah pertama sahaja dibawah kelolaan KPKT.

Ini bermakna, deposit rumah sebanyak 10 peratus akan ditanggung sepenuhnya oleh KPKT. Permohonan skim MyDeposit dijangka akan dibuka pada Januari 2018. Permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui pautan dibawah ini.

Pendaftaran MyDeposit : https://sprn.kpkt.gov.my/sprn/ 

Nota Penting: Permohonan MyDeposit 2018 akan dibuka pada awal Januari 2018

Cara Daftar Borang Permohonan MyDeposit 2018 Rumah Pertama

1. Permohonan mestilah dibuat secara online menerusi http://kpkt.gov.my/sprn/

2. Pemohon wajib memuat naik (Upload) semua dokumen yang diperlukan seperti;

-Kad Pengenalan Pemohon
-Kad Pengenalan Pasangan
-Salinan Kad Pengenalan Anak/ Tanggungan
-Salinan Surat Nikah
-Penyata Gaji terbaru individu
-Penyata Gaji terbaru pasangan
-Penyata KWSP atau cukai pendapatan individu
-Penyata KWSP atau cukai pendapatan pasangan
-Bagi bekerja sendiri, sila buat akuan bersumpah mengenai gaji bulanan individu atau pasangan bekerja sendiri
-Surat pengesahan majikan. Maklumat diperlukan adalah status perkahwinan, status pekerjaan dan tempoh  perkhidmatan.
-Surat pengesahan OKU
-Surat pengesahan daripada pemaju atau penjual
-Surat laporan CCRIS (boleh dapatkan di Bank Negara atau rujuk http://www.ctoscredit.com.my/

*Kesemua dokumen adalah diwajibkan di “Scan” menggunakan “Scanner” dan hendaklah dimuat naik ke laman web KPT secara online.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge