Semakan Keputusan Permohonan Ijazah Sarjana/Master Ambilan Kedua UPM 2018

Kepada sesiapa yang telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), keputusan bagi kemasukan semester kedua 2018 telah dikeluarkan dan anda boleh menyemak status permohonan anda melalui pautan dibawah.

Semak Permohonan Master UPM Ambilan Semester Kedua

Jutaan tahniah diucapkan. Kepada yang belum berjaya teruskan usaha anda. Tapi agak jarang juga sebenarnya permohonan master ditolak bagi mode “coursework”. Alhamdulillah, saya juga berjaya diberikan ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran di perangkat Ijazah Sarjana/Master di UPM.

Tawaran ini perlu diberikan respon “terima” sehingga 1 April 2018. Maka dengan ini berkemungkinan besar saya akan berehat dari dunia  pekerjaan di Kuala Lumpur yang baru sahaja saya masuk setelah tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Bachelor Degree pada bulan November 2017 yang lepas.

Selamat kembali ke “student life” kepada diri sendiri dan kepada bakal PG UPM, senyumlah pada saya jika anda terjumpa saya di sana 😉

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge