Permohonan & Kemaskini BR1M 2018

Berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia. Permohonan dan kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 boleh dilakukan secara online mulai 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Bagi penerima BR1M sedia ada anda tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2018 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.Bagi yang belum pernah memohon BR1M, anda boleh mengemukakan permohonan baharu. Bagi pelajar yang telah menerima bantuan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) pula, anda tidak layak untuk menerima BRIM.

Manakala pasangan kepada penerima BR1M terdahulu yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal/tidak layak dalam permohonan BR1M tahun lalu perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018.

Bagi penerima BR1M (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Permohonon baharu dan kemaskini permohonan BR1M boleh dilakukan dengan klik pautan dibawah :

https://ebr1m.hasil.gov.my/Home.aspx

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge