Custom Domain Name $0.99 di GoDaddy !

Bismillah. Sempena dengan postingan pertama saya di laman blog baru ini, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian saudara saudari membaca artikel ini. Setelah lama menyepi dari dunia blogging, dan setelah setahun domain name mdhafiz.net terkubur dan akhirnya tidak dapat di renew lagi maka saya bercadang untuk membina sebuah lagi blog peribadi sebagai pengganti blog mdhafiz.net yang sudah lama berkhidmat sejak tahun 2012 lagi. 

Idea untuk membeli domain name baru terlintas setelah melihat paparan iklan di Google Adsense yang mempromosikan jualan murah “Black Friday” pada hari Jumaat yang lepas, 24 November 2017 waktu Malaysia. Tanpa saya berfikir panjang saya terus ke laman web GoDaddy dan terus ingin membeli sebuah domain peribadi berharga 0.99USD ! Namun masalah timbul bilamana saya buntu untuk memikirkan satu nama yang bagus untuk menggantikan blog lama. Tapi saya sedar saya tak boleh berlengah untuk memikirkan nama takut terlepas peluang keemasan.

Maka terlintas idea untuk menggunakan nama encikhafiz lantaran pada ketika itu ada costumer menelefon saya untuk bertanyakan sebut harga satu program cuti sekolah robotik di Putrajaya. Perbualan itu berakhir dengan “terima kasih Encik Hafiz..” lantas saya terus mendaftar nama domain encikhafiz serta merta dan ianya masih available.

Kata orang peluang itu datang hanya sekali. Jadi apa pun peluang yang terhidang di depan mata, jangan lah terlalu memilih kerana mungkin itu yang dah terbaik dituliskan untuk takdir kita.

Terima kasih sudi membaca dan selamat berkenalan 🙂

9 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge