Harapan Baru Buat Kerajaan Baru Malaysia PRU 14

Akhirnya setelah enam dekad UMNO berkuasa, pada tanggal 9 Mei 2018 sejarah baharu tercipta di bumi Malaysia dimana parti tunjang kemerdekaan itu akhirnya perlu berundur bagi memberikan laluan kepada kerajaan dari parti pembangkang (Pakatan Harapan) untuk menerajui Malaysia.

Tempoh enam dekad pada admin bukanlah satu tempoh yang singkat bagi sesebuah parti yang memerintah sesebuah negara di dunia. Apa yang paling menarik tentang PRU  kali ini dimana mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamed akan direncanakan untuk menghadap YDP Agung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di Istana Negara pada petang ini (Khamis 10 Mei 2018) bagi istiadat mengantkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7

Beliau dicalonkan sebagai Perdana Menteri baru melalui persepakatan bersama dari perikatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) yang membentuk Pakatan Harapan pada PRU 14 bagi menentang Barisan Nasional.

Jutaan tahniah kepada Pakatan Harapan beserta parti komponennya yang telahpun memenangi banyak kerusi yang membolehkan mereka membentuk kerajaan baru Malaysia. Semoga siapa sahaja pemimpin yang telah diberikan amanah oleh rakyat mampu menjalankan kerja sehabis baik (mungkin lebih baik dari kerajaan sebelumnya) demi masa depan negara kita yang dicintai.

Pada usia 93 tahun Tun Dr Mahathir  masih gagah untuk bangun memimpin negara ke arah lebih baik. Sosok tua ini bukan lah sosok tua yang biasa-biasa. Kerana kecintaannya pada negara melebihi kecintaannya pada usia beliau sendiri yang sudah meniti usia senja. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada beliau untuk membetulkan kesilapan yang telah beliau dan rakan-rakan dalam UMNO telah lakukan suatu ketika dahulu ketika beliau bersama UMNO.

Kepada UMNO pula, tahniah kerana memimpin kami sepanjang enam dekad ini. Semoga kesilapan yang lalu membuatkan kita sama-sama bermuhasabah demi kepentingan umat. Jangan dibiar luka hari ini bernanah sehingga busuk dan terus membusuk akhirnya terkubur menyambah bumi tanpa ada siapa peduli.

Siapa pun yang telah dipilih sebagai kerajaan pada hari ini sudah menjadi ketentuanNya. Semoga anak-cucu kita nanti hidup dalam keadaan negara yang lebih aman damai, bersih dan amanah terhadap kebajikan setiap jiwa warganegara Malaysia yang kita cintai.

Atok,..hari ini seluruh dunia telah melihat..atok seorang tokoh pemimpin yang hebat. Andai suatu hari nanti atok sudah tiada, pasti segenap warga merindui kehebatan dan keprihatinan atok. Dan pasti setiap warganegara akan berceritakan tentang atok pada anak cucu dan cicit mereka. Selamat kembali ke Putrajaya.

Pada Yang Muda Kusematkan Harap

Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
Menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia

Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan
oleh pemimpin di puncak kuasa
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang

Pada mata tuaku
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok

Semuanya
untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa

Pada senja hayatku
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama
Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya

Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua
tanpa mengira harga yang perlu dibayar
oleh cucu cicit kita
setelah dia tiada lagi bernafas

Segala wang haram
Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus
Untuk dibayar oleh rakyat

Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka
yang tiada lagi nilai dan hormat diri

Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama

Aku tidak dapat melakukan semua
Namun pada yang muda kusematkan harap
Untuk membetulkan Malaysia
Dengan bersama, BERSATU, berganding
Supaya ia tidak tenggelam
Dengan tangan kotor
dan harganya dibayar
oleh cucu dan cicit kita

Tun Dr. Mahathir Mohamad
10 Disember 2016

8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *