Resepi Mudah Nasi Arab Khabsah Ayam

Hari ini admin nak berkongsi resepi Nasi Arab Khabsah Ayam Roasted buat pengunjung setia. Pasti ramai yang berkunjung ke blog ini dengan tujuan mencari resepi nasi arab bukan? Nah admin kongsikan resepi mudah nasi arab khabsah ayam. Nasi arab bukan lagi makanan asing di Malaysia mahupun negara rumpun Melayu yang lain.

Admin sendiri gemar nasi arab ni lebih-lebih lagi bila bulan puasa Ramadhan 2018 sudah semakin hampir. Mula lah nak mengidam makan macam-macam. Dimakan pula bersama shawarma. Hmm enak sekali! 

Baiklah, sebelum memulakan aktiviti memasak bahan-bahan seperti berikut perlu disediakan terlebih dahulu

Minyak zaitun
Bawang
Tomato
Cili padi
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis.
Serbuk ketumbar
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Biji pelaga
Garam
Kiub ayam
Daun bay
Safron
Beras moghul/basmati
Stok rebusan ayam

Bahan untuk ayam rosted : 

Lada hitam yg ditumbuk
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis
Serbuk ketumbar
Serbuk kunyit
Garam
Madu
Bawang merah,halia,bwg putih blender,
Gaul skali dgn segala jenis serbuk td tu…

Bahan untuk sos salsa : 

Tomato
Cili
Pudina
Jintan manis
Bawang hollen
Lemon
Garam dan gula

Bahan untuk sup :

Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Biji plaga
Lada hitam ditumbuk
Daun bay

Stok ayam/kambing
Blender bwg merah,putih,halia,

Cara masak nasi :

Rendam basmathi dengan air selama sejam. Tumis segala bahan rempah untuk nasi dengan minyak zaitun. Dah naik bau masukan stok ayam. Air mendidih masukkan beras dan garam seckup rasa.

Cara masak ayam : 

Untuk ayam roasted cuci ayam dan toskan. Kemudian blender semua campuran rempah. Perapkan sekurang-kurangnya sejam. Nak lagi sedap perap semalaman. Panaskan oven dan bakar selama 45-60 minit dgn suhu 200 darjah celcius.

Cara masak sos :

Blender semua bahan yang dinyatakan. Letak gula dan garam secukupnya.

Salad/Sayuran :

Salad, potong dadu tomato, bawang, timun, perahkan lemon dan dua sudu minyak zaitun.

Cara masak sup :

Sup pula, tumis darat semua bahan-bahan campuran rempah. Naik bau masukkan dalam air rebusan ayam/kambing. Letak garam scukupnya. Selesai! Selamat mencuba. 🙂

15 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *